Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 Leisure

Sambutan Aidilfitri Waghih Kek Sabah meriah

12th July, 2018

PETAGAS: Seramai 300 anak-anak berserta keluarga kelahiran Negeri Sembilan yang menetap dari seluruh pelosok negeri Sabah berkumpul bagi meraikan majlis sambutan Aidilfitri Waghih Kek Sabah bagi tahun 1239 H di Taman Friendships 3 Petagas baru-baru ini.

Majlis tahunan itu dianjurkan bertujuan merapatkan tali silaturahim dan mengingatkan kembali falsafah solidariti Adat Perpatih, “seikat seperti sirih seciap seperti burung, hati kuman sama dicicah hati gajah sama dilapah bagi membuktikan nilai kesepaduan dan leluhur orang Melayu Adat Perpatih dalam konteks bermasyarakat.

Pelbagai aneka hidangan wajib lebaran turut disediakan seperti lemang dan rendang daging payau yang menjadi menu utama dalam majlis perayaan itu. Lemang yang dimasak sendiri oleh Bang Idrus dan isteri Kak Yah memang istimewa kerana menurut acuan resipi turun-temurun warisan nenek moyang.

Sajian rendang ayam, gulai itik dan gulai nangka masak lemak cili padi turut dihidangkan sebagai pelengkap makanan tradisi orang Minangkabau.

Sambutan perayaan itu lebih istimewa apabila kesemua sajian dalam majlis yang berlangsung bermula jam 11 pagi hingga ke 5 petang itu dimasak secara gotong-royong yang telah diketuai oleh ‘Orang Pangka’, Mad Zin Amin,67, mantan pensyarah Institut Perguruan Gaya. Orang pangka adalah istilah merujuk pada sekelompok tenaga kerja, orang penting yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan sesuatu kenduri atau majlis keramaian. Semua orang pangka lazimnya terdiri daripada saudara sepusat sepusing keluarga rapat atau kenalan terdekat dalam lingkungan Adat Perpatih.

“Tiap tahun kami merayakan Aidilfitri ini secara gotong-royong bagi merapatkan ukhwah sesama kami,” katanya dalam majlis itu. Tak dapat bantu dari segi kewangan, mereka sukarela menawarkan khidmat bakti tulang urat bagi menjayakan pogram ini.

Salah seorang orang pangka, Harman Hamzah,45, anak kelahiran Kuala Pilah Negeri Sembilan yang telah menetap di Sabah selama 23 tahun lalu menyatakan sambutan seperti ini adalah penting agar anak perantau Negeri Sembilan tidak sesekali melupakan amalan nenek moyang mereka sebagai mana pepatah yang tua dihormati yang muda dikasihi, sama merantau sama menyayangi.

Menurut Isma Liza Ishak, 37 tahun pensyarah teater yang berasal dari Jelebu Negeri Sembilan yang turut serta julung kalinya dalam majlis ini merasakan kedekatan dan kemesraan dengan sanak saudara seperti berada di kampung halaman sendiri. Bagi menyerikan majlis beliau beliau sempat menitipkan tiga rangkap pantun;

Ikan berenang di dalam lubuk, Ikan belida dadanya panjang, Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sirih pulang ke gagang Pokok pinang ditanam rapat, Puyuh kini berlari-lari, Samalah kita menjunjung adat, Tunggak budaya semai dihati Lebat daun bunga tanjung, Berbau harum bunga cempaka, Adat dijaga pusaka dijunjung, Baru terpelihara adat pusaka

Justeru, tidak hairanlah jika diperhatikan ke mana saja orang Negeri Sembilan yang merantau, mereka tetap memiliki sikap kekitaan yang begitu erat ibarat aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku menggambarkan falsafah amalan tradisi orang Melayu masih tertanam sebagai lambang jati diri mereka.

Majlis perayaan itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada orang pangka terdiri daripada Datuk Yusup Ag Besar dan isteri datin Faridah Ahmad merangkap tuan rumah pada pertemuan Aidilfitri tahun ini setelah menerima jemputan daripada Cikgu Razis A. Razak salah seorang bekas penyampai radio Negeri FM.

Setiap daripada kanak-kanak dalam majlis tersebut turut diraikan sebelum pulang mereka menerima hadiah sumbangan daripada penaja rasmi daripada syarikat Subalipack yang berpusat di daerah Inanam.

Pegawai pemasaran syarikat, Mohd Murshidi Arif menyatakan sumbangan itu merupakan salah satu bentuk kegiatan CSR untuk syarikat supaya dapat berbakti kepada masyarakat setempat.-OLEH DON

   
Email Print
   
 
 
E-browse