Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

Eksport perabot Sabah turun mendadak sejak 10 tahun lalu

13th July, 2018

KOTA KINABALU: Ketua Pengarah Lembaga Industri Kayu Malaysia (MTIB) Datuk Jalaluddin Harun berkata nilai eksport perabot dari Sabah mengalami penurunan mendadak sejak 10 tahun lepas.

Katanya pada 2007, eksport perabot dari Sabah bernilai RM68.8 juta, namun hanya mencatatkan nilai RM9.3 juta pada tahun lepas.

“Ini adalah refleksi penurunan berterusan dan kita bimbang pada tahun ini, nilainya akan lebih rendah daripada itu (2017),” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Katanya antara isu utama kepada penurunan nilai eksport berkenaan ialah masalah bekalan bahan mentah (kayu balak).

Sehubungan itu, Jalaluddin berkata kayu balak tidak lagi boleh dieksport berterusan kerana ia boleh menjejaskan bekalan bahan mentah untuk industri domestik.

“Lebih malang apabila bahan mentah (kayu balak) kita eksport kepada negara pesaing kita (dalam pengeluaran produk perabot),” katanya.

Beliau berkata pada 15 tahun lepas, Malaysia mengeksport balak ke sebuah negara yang bukan merupakan saingan Malaysia dalam pasaran perabot.

Bagaimanapun pada tahun lepas, negara tersebut muncul sebagai negara pengeksport perabot kelima terbesar dunia selepas China, Jerman, Itali dan Poland.

Katanya walaupun nilai eksport perabot Malaysia pada tahun lepas mencecah RM8 bilion, namun ia hanya meletakkan Malaysia ke tangga kesembilan dalam kalangan negara pengeksport perabot terbesar dunia.

Pasaran eksport utama perabot Malaysia ialah Amerika Syarikat, Jepun, Kesatuan Eropah dan Australia, katanya.

“Jika anda melihat kepada pengimport utama perabot Malaysia, mereka terdiri daripada negara maju yang mengutamakan kualiti. Mereka tidak mahu (perabot) tidak berkualiti. Untuk ini (aspek kualiti), pencapaian Malaysia adalah sangat baik,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse