Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

Unit risikan polis marin tahan dua lelaki bersama alat bom ikan

13th July, 2018

OLEH MARLINA MACPEE

LAHAD DATU : Bahagian Unit Risik Marin (URM) Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu di sini, kelmarin berjaya menahan dua lelaki dan merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan bom ikan, sewaktu melakukan penugasan Op Landai/Op Terancang di kawasan laut Katung Kalungan dekat sini.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) DCP Datuk Hazani Ghazali berkata, kedua-dua suspek yang berumur 17 dan 48 itu telah ditahan oleh sepasukan anggota PPM semasa melakukan intipan ke atas aktiviti mengeboman ikan di kawasan perairan berkenaan pada kira-kira pukul jam 5 petang.

“Ketika pemeriksaan dibuat ke atas perahu yang ditahan, pasukan URM PPM telah menemui 32 kilogram muatan ikan pelbagai jenis yang disyaki ditangkap dengan cara menggunakan bom ikan.

“Selain merampas ikan dan perahu, turut dirampas ialah sebuah enjin pump, propeller, batang shaft, kompresor, hos, sumbu peledak dan mancis dengan nilai rampasan berjumlah RM 1,530.00,”katanya dalam kenyataan disini, kelmarin. Sehubungan itu katanya lagi, kedua-dua suspek dan rampasan diserah ke Jabatan Perikanan Cawangan Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985.

   
Email Print
   
 
 
E-browse