Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
OPPO A3 invades the market |  Pink Evans muncul dengan single pertamanya "Jujur ku tak bisa" |  Isu bekalan air bersih di Ranau akan diatasi: Abidin |  Kes denggi di Labuan meningkat 62 kes |  Agong sokong langkah berhemat, pemansuhan GST |  Sabah Ports and Harbours Dept Director among four remanded for bribery investigation |  Pygmy elephant found dead on oil palm plantation |  Sabah has the most unemployed graduates in country |  Shafie the right man for the job! |  Matlan: Nominate suitable candidates! |  MAGANU HAANG KUMAA KOMPONI AU NAKAHANTOI MINOMONGO VOKOK VAIG ID BEAUFORT |  Norzawiyah, koonduan koiso sabaagi Potunud JaPen Sabah |  Potunud, tohu kuntilikto nokogompit susuap tinaan naamot |  USCI medical and pharmacy roadshow |  Welder Training Programme for Sabahan youth | 
 BM

20 finalis Ta’il Bulawan akan bersaing Ogos ini

13th July, 2018

LABUAN: Seramai 20 finalis akan bersaing pada Pertandingan Ta’il Bulawan dan Majlis Anugerah VIP Wanita Inspirasi 2018 yang akan diadakan disalah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pada 31 Ogos depan.

Pengerusi Penganjur Dee Layun berkata, Pertandingan Ta’il Bulawan dan Majlis Anugerah VIP Wanita Inspirasi 2018 adalah anjuran bersama Dee Layun Resources dengan kerjasama Persatuan Serumpun Budaya Kinabalu Sabah dan North Borneo University College (NUBC).

Katanya, Pertandingan Ta’il Bulawan adalah kesinambungan daripada pertandingan Ratu Etnik yang pernah diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 2015 dan 2017.

“Bagaimanapun pada tahun ini kita telah menjanamakan semula pertandingan itu dengan mengambil kata pinjaman daripada Bahasa Dusun Lotud Ta’il Bulawan yang bermaksud seorang wanita yang cantik penuh bersopan santun, penyayang, berketrampilan serta mempunyai pengetahuan yang luas” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Dee Layun Resources, berkata pertandingan ini bertujuan untuk menarik lebih ramai wanita muda mempromosikan seni dan budaya tempatan.

Selain itu katanya, pertandingan ini mempunyai konsepnya tersendiri dengan menampilkan dua tugasan yang perlu dilaksanakan oleh para peserta yang pertama menilai kebijaksanaan para peserta dalam menghasilkan kajian mengenai busana etnik yang dipilih secara terperinci.

“Manakala tugasan kedua para peserta diminta untuk membuat rakaman video pendek berdurasi 10-15 minit bagi mempromosikan aktiviti kebudayaan dan pertanian yang diusahakan etnik yang diwakili” katanya.

Peserta yang bakal dinobatkan sebagai Ratu Ta’il Bulawan akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM14,000, naib johan RM10,000, ketiga RM7,000 dan ke empat RM5,000.

Sementara itu, Dee Layun Resources akan memberikan pengiktirafan kepada kejayaan wanita melalui Anugerah Wanita Versatil, Interaktif dan Profesional (VIP) Wanita Inpirasi 2018.

“Anugerah ini sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya dalam menyerlahkan seni budaya etnik “ katanya.

Jelas Dee Layun, pencalunan bagi anugerah Wanita Inspirasi 2018 sedang berjalan sejak 1 Julai lalu dan akan berakhir pada 10 Ogos depan yang dibuka kepada semua agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO’s)

Mereka yang berminat untuk menyertai Anugerah Wanita Inpirasi 2018 boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi Dee Layun di talian 0128932811 atau melalui email : ceo.deelayunresources@gmail.com. -OLEH JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse