Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 EDUCATION

Jabatan Penerangan anjur Pertandingan Sketsa Rukun Negara dan Pengisahan Kenegaraan Sabtu ini

27th July, 2018

LABUAN: Jabatan Penerangan Malaysia, Labuan dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian Labuan akan mengadakan Pertandingan Sketsa Rukun Negara Dan Pengisahan Kenegaraan peringkat W.P Labuan Tahun 2018 akan diadakan di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian Labuan selama dua hari bermula Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Supian Musa berkata, kedua-dua pertandingan tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman Ahli Kelab Malaysiaku mengenai lima Prinsip Rukun Negara disamping melahirkan semangat patriotisme dan cintakan Negara terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

“Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan masyarakat umum menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah dan juga tokoh-tokoh negara sebagai satu usaha pendidikan berterusan yang boleh dimanfaatkan dalam proses pembinaan negara bangsa dan jati diri rakyat Malaysi,” katanya dalam satu kenyataannya di sini kelmarin.

Beliau berkata, sebanyak lima kumpulan Kelab Malaysiaku dari lima Sekolah Menengah di Labuan bakal bersaing dalam Pertandingan Sketsa Rukun Negara, manakala tiga kumpulan pula dalam Pertandingan Pengisahan Kenegaraan pada tahun ini.

Jelasnya, kesemua kumpulan perlu bertanding dalam peringkat saringan pada Sabtu ini untuk melayakkan mereka berentap pada peringkat akhir yang akan diadakan pada Ahad.

Sementara itu, johan bagi Pertandingan Pengisahan Kenegaraan bakal mewakili W.P Labuan ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pahang Darul Makmur pada Oktober tahun ini.

Majlis Perasmian bagi kedua-dua pertandingan ini akan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan W.P Labuan, Raisin Saidin.

Sehubungan dengan itu, Sopian menyeru dan mengalu-alukan warga Labuan untuk hadir beramai-ramai bagi sama-sama memeriahkan pertandingan tersebut. -OLEH JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse