Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 EDUCATION

Lapan sekolah sertai Kem Remaja Islam

27th July, 2018

KOTA KINABALU: Seramai 185 orang pelajar daripada lapan buah sekolah sekitar daerah Putatan dan Kota Kinabalu menyertai program Kem Remaja Islam (KRIS) bertempat di SMK Tansau Penampang baru-baru ini.

Program selama tiga hari anjuran Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Cawangan Putatan mendapat sambutan luar biasa dan menarik minat mereka untuk mengambil bahagian.

Objektif program inu juga tidak lain untuk mengetengahkan kepada peserta akan kewajipan menjadi remaja Islam yang baik dan sejahtera dari sudut akidah, ibadah serta akhlak.

Kem Remaja Islam diatur dan dibantu oleh jawatankuasa dan fasilitator berpengalaman daripada pelbagai latar belakang sekolah dan universiti menjadikan program ini unik, variasi aktiviti yang segar dan mesra remaja.

Dimana, ianya bertambah menarik dengan aktiviti seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), persembahan Malam Seribu Bintang, Explorace, dan malam penghayatan muhasabah diri selain teras utama aktiviti adalah kuliah ceramah yang menekankan aspek akidah, ibadah dan akhlak.

Pengetua Cemerlang SMK Tansau Penampang, Hajah Siti Salmiah Haji Samaie, ketika berucap merasmikan majlis penutupan berkata, anak-anak remaja perlu menjaga agama dalam diri, juga perlu ada sekumpulan golongan yang membawa kepada kebaikan.

“Sekiranya hendak menjadi individu yang sejati, remaja kita perlu mengikuti aktiviti yang mendekatkan diri kepada agama”, katanya

“Saya berharap agar semua peserta menjadi contoh ikutan yang baik dalam kalangan rakan sebaya di sekolah masing-masing.” tambahnya

Program tahunan ini turut akan dianjurkan pada masa terdekat ini di beberapa daerah lain seperti Semporna, Kota Kinabalu dan Keningau.

Sumbangan orang ramai untuk menyokong program seumpama ini amat dialu-alukan dengan menyumbang kepada akaun Bank Maybank 5602 3212 0295 (Persatuan Siswazah Sabah). PSS turut boleh dilawati di laman sesawang melalui pautan www.pss2u.org. -OLEH ALIZA ALAWI

   
Email Print
   
 
 
E-browse