Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 Leisure

Tawai Rainforest Camp kini semakin popular

30th July, 2018

OLEH ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Tawai Rainforest Camp (TRC) merupakan pusat rekreasi serta pelancongan yang terletak 5 kilometer dari Pekan Telupid yang kini semakin popular.

Keindahan TRC tidak hanya mampu menarik perhatian pengunjung di sekitar Sabah bahkan pelancong dari Semenanjung.

Tapak perkhemahan dan lokasi perkelahan santai TRC yang terletak di dalam Hutan Simpan Tawai beroperasi sepenuhnya pada tahun 2016 di bawah pengurusan Pejabat Perhutanan Telupid/Tongod.

Kawasan perkhemahan berkeluasan kira-kira setengah ekar turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti chalet, kemudahan tandas, bilik mandi, tujuh buah kolam mandi dan sebagainya.

TRC dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang mengenakan bayaran berpatutan, RM3 untuk dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak.

Bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak, TRC turut menyediakan kemudahan bagi eksplorasi alam (jungle tracking) dan hiking empat bukit yang mencabar untuk menjejaki air terjun Tawai sejauh 7km yang mengambil masa 4 jam pergi dan balik.

Wartawan New Sabah Times semasa berkunjung kesana sempat menemu bual, Penyelia Pendidikan Alam Sekitar TRC, Felix Kamdi, 60, berkata Hutan Simpan Tawai merupakan hutan terbesar di Daerah Telupid, meliputi kawasan seluas 22,697 hektar dan merupakan ‘water catchment’ yang penting bagi membekalkan air bersih keseluruh daerah itu melalui Sungai Meliau dan mengalir ke Sungai Labuk.

Jelas, Felix kewujudan TRC adalah untuk membangunkan ‘Forest Awareness’ selain menjana pendapatan baru daripada Eco Forest Base dan juga ingin memberi kesedaran kepada komuniti akan kepentingan Hutan dan air sebagai sumber kelangsungan hidup.

Untuk rekod, seramai 10,000 orang telah datang berkunjung ke TRC sejak mula beroperasi hingga Julai 2018.

Beliau berkata, TRC masih memerlukan penambahbaikan fasiliti kemudahan untuk keselesaan para pengunjung yang datang.

”Kita bercadang dan berharap tahun hadapan, 2 atau 3 pondok rehat di tambah di sepanjang perjalanan ke air terjun Tawai untuk pengunjung berehat.

Dalam pada itu, Felix berharap agar TRC Telupid ini mampu menjadi destinasi pelancongan yang popular setaraf dengan pusat pelancongan yang wujud di negara ini.

”TRC ini cantik dan menjanjikan pengalaman yang menarik dan pasti menyeronokkan untuk anda (pengunjung) sambil menikmati alam sekitar serta keindahan flora dan fauna yang memukau pandangan. Oleh itu hargai dan jagalah Tawai Rainforest Camp,” katanya lagi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse