Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 Leisure

21 Peserta rebut gelaran Johan Gimpuhut Momogun Pesta Magahau 2018

31st July, 2018

KOTA KINABALU: Seramai 21 peserta gimpuhut mewakili 7 zon seluruh Sabah akan bertanding di peringkat negeri sempena kemuncak sambutan Pesta Magahau 2018 yang akan diadakan hari ini (31 Julai) di rumah panjang puruvan square, Matunggong.

Mereka akan merebut gelaran Gimpuhut Momogun Pesta Magahau Peringkat Negeri 2018.

Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA), Dato Jelani Hamdan berkata, pemenang Johan akan mewakili SAMORA ke program World Travel Market ( WTM ) London 2018 bersama-sama dengan Johan Gimpuhut Momogun 2017 yang tidak dapat menyertai program di Paris pada 2017.

Katanya, setiap zon akan diwakili oleh 3 wakil atau Gimpuhut . Ini kerana setiap zon terangkum beberapa daerah atau kawasan.

“Kemungkinan besar buat pertama kalinya kita akan menggunapakai kawasan-kawasan atau daerah semasa kemuncak Pesta Magahau 2018 pada 31 Julai nanti.

“Sebagai contoh Zon Kudat akan dibahagi kepada Kawasan Tanjung Sabpang Mangazou , Pekan Tomborungus Dan Sikuati. Tidak semestinya kita gunapakai nama-nama kawasan DUN.

“Kita lebih fokus kepada nama-nama yang amat bersejarah kepada bangsa Momogun di masa yang lalu yang perlu diingati dan dihidupkan semula”, katanya dalam satu kenyataan, dekat sini.

Menurutnya, 21 orang wakil ini juga telah menyertai acara Momogun Model Of The Year 2018 pada 28 Julai 2018 bersempena Sodop Papak Tavasi ( SPT ) atau Gala Nite di Dewan Terbuka Matunggong Sabtu lalu.

Sementara itu, Puan Hanie Martin isteri kepada Encik Barlus Mangabis – Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan P168 Kota Marudu merangkap Ketua Penyelaras Parti Warisan N4 Matunggong merasmikan SPT.

Cik Vannessa Kimberly muncul sebagai Momogun Model of the Year 2018, manakala Cik Jeanie Tai Set Fhun berjaya merangkul gelaran Momogun Emerging Model 2018 atau Model Harapan Momogun 2018.

Cik J Debbie Angellissa pula merangkul dua gelaran iaitu Sodop Papak Tavasi Best Catwalk dan Momogun Designer of The Year.

Penghargaan khas atau Momogun Model Special Awads dianugerahkan kepada Cik Allyssa Endry. Untuk kategori MUA terbaik Cleaviana Frankie Yong berjaya merangkul gelaran tersebut.

Untuk acara Mitarab Monurizak Peringkat Negeri pula Encik Terence Asangki muncul sebagai Johan Mitarab Monurizak 2018 . Manakala Ronn Langad dan Arlone Milon masing-masing di tempat kedua dan ketiga pada pertandingan semalam.

Pesta Magahau 2018 akan dirasmikan oleh YB Dato Jaujan Sambakong – Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse