Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 EDUCATION

Murid SK Bebuloh sahut cabaran

1st August, 2018

LABUAN :Panitia Teknologi Maklumat dengan kerjasama Unit ICT serta Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bebuloh (SKB) telah mengadakan majlis pelancaran “Hour Of Code” pada Isnin lalu.

Guru Besar SK Bebuloh, Haji Adam Abd. Rahim berkata, pelaksanaan ‘Hour Of Code’ adalah tindakan susulan daripada hasil Mesyuarat Khas Inisiatif Petugas Khas Inisiatif Digital Tech@Schools KPM-MDEC Bil1/2008.

Katanya, Ia adalah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #Mydigital Movement untuk membudayakan “coding” di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

“Ia juga merupakan satu gerakan global untuk memberi impak kepada puluhan juta murid di 180 buah negara dengan tujuan untuk memperkenalkan pengaturcaraan (coding) dan asas sains komputer disamping memberi keseronokan dan semangat pemikiran di kalangan murid” katanya kepada media selepas melancarkan program tersebut.

Adam juga turut menjelaskan mengenai Mydigitalmaker yang juga merupakan gerakan kebangsaan yang mula dilancarkan sejak 2016 sebagai usaha memupuk minat dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid dan menyediakan mereka untuk pasaran kerja ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian 4.0.

Beliau berkata kempen “Hour Of Code” yang bermula pada 16 Julai lalu dan akan berakhir pada 3 Ogos ini menyasarkan 1,000 buah sekolah melibatkan 150,000 murid.

Sementara itu beliau berkata, seramai 178 orang murid SK Bebuloh telah pun menyahut cabaran tersebut.

“Justeru itu guru di sekolah ini perlu memberikan sokongan kepada semua murid yang terlibat agar usaha untuk dan membudayakan ‘coding’ dapat dicapai” katanya.

Pada majlis itu Adam turut menyampaikan sijil kepada 70 guru dan murid yang sebelum ini telah berjaya menyelesaikan misi “Hour Of Code.

Beliau juga merakamkan setinggi penghargaan kepada penggerak utama Program “Hour Of Code” Peringkat Sekolah iaitu Hasniza Basri, Azeryn Mamma (Panitia Teknologi & Maklumat), Mohd. Reno Idris (Unit ICT), Jamilah Haji Ag Kanak (Pusat Sumber) dan semua Penolong Kanan serta semua guru yang terlibat dalam menyokong pelaksanaan program tersebut. OLEH JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse