Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 EDUCATION

GEMAS minta mahasisiwa bantu pembelajaran kanak-kanak

2nd August, 2018

OLEH ALIZA ALAWI

SANDAKAN – Gerakan Mahasiswa Sandakan (GEMAS) mohon lebih ramai mahasiswa di daerah ini bersama menyumbang idea untuk membangunkan nilai akal positif dalam kalangan kanak-kanak yang memerlukan.

Pengasas merangkap Bendahari GEMAS, Andi Norasheda Nordin berkata, ini kerana gerakan ini memerlukan mahasiswa ini bersama-sama mereka untuk menyantuni masyarakat di Sandakan ini.

“Kita percaya bahawa kehebatan seseorang mahasiswa itu bukan dilihat betapa jauh tahap mereka belajar atau berapa tinggi pointer yang mereka dapat tetapi dilihat bagaimana mereka memanfaatkan ilmu yang mereka ada.

Jelasnya, GEMAS kini aktif mengadakan beberapa program dan antaranya memberi pendidikan kepada kanak-kanak tidak mempunyai peluang ke sekolah ekoran masalah dokumentasi atau tidak berkemampuan untuk ke sekolah.

“GEMAS buat program ini untuk kanak-kanak yang tidak ada peluang pendidikan.Ramai dikalangan mereka yang kami ajar ada masalah dokumentasi dan ada segelintir berstatus warganegara, ada juga yang kehilangan bapa ada juga yg kehilangan ibu.

Tambah Andi, setakat ini hampir 100 orang kanak-kanak dari bermacam peringkat umur menyertai program pendidikan tersebut sejak diadakan.

Oleh yang demikian, beliau berharap gerakan ini dapat disertai oleh ramai mahasiswa disini khususnya agar dapat bersama-sama menyumbang idea dan bergerak untuk membangunkan nilai akal budi mahasiswa yang manusiawi.

“Kami juga berharap agar kanak-kanak itu menjadi manusia sebenar… Sebab kami mengajar bukan untuk jadi pandai tapi cukuplah mereka tahu mana yang baik dan mana jahat”, katanya lagi

Mengulas lanjut mengenai harapan GEMAS untuk program pendidikan berkenaan, gerakan itu memohon sumbangan daripada mana-mana pihak dari segi Kit pendidikan dan jika terdapat lebihan sumbangan untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar itu untuk keperluan lain mereka.

Ujarnya, ini kerana GEMAS adalah sebuah gerakan kecil yang baharu bergerak dalam membudayakan mahasiswa dan cuba turun padang untuk meraih masyarakat.

Dimana, mereka tidak mempunyai dana ataupun sumber kewangan yang mencukupi, dan untuk mendapatkan dana GEMAS melakukan hebahan di sosial media.

“Hasil daripada sebaran di Facebook (FB), Alhamdulillah ada pihak yang menyumbang, sedikit sebanyak dapat kami menyediakan alat-alat pembelajaran seperti buku pelajaran kepada pelajar tersebut dan hasil sumbangan itu juga kami menyediakan alas meja agar mereka lebih selesa untuk belajar dan bakul sampah agar mereka dididik untuk tidak mengotori alam dengan membuang sampah merata-rata tempat.

Terdahulu, GEMAS wujud tidak sampai setahun jagung lagi iaitu pada 20 Januari 2018, dimana hala tujunya ingin mengajak mahasiswa di Sandakan untuk turun padang kepada masyarakat dan peduli kepada orang sekeliling.

Disamping untuk mengisi waktu mahasiswa yang sedang bercuti dengan aktiviti yang bermanfaat.

Katanya lagi, kini GEMAS mempunyai 10 orang ahli secara rasminya tetapi yg terlibat secara tidak langsung sekitar 15 hingga 20 orang.

Antara program yang dijalankan ialah memberi pendidikan kepada anak-anak tanpa negara, seterusnya mengadakan “Dapur Masyarakat”.

Dimana, mereka menyediakan bubur dan diberi kepada masyarakat yang terlibat, dalam tempoh waktu 2 bulan yang lalu, GEMAS telah menyediakan 100 tapau bubur untuk diberikan kepada masyarakat yang tinggal setinggan di kawasan pelupusan sampah.

Selain itu, membuat kempen “Jom Kutip Sampah”, dimana mereka mengadakannya 2 minggu sekali di kawasan bandar daerah ini dan akan dikembangkan di sekitar pantai yang ada di Sandakan.

Dalam pada itu, gerakan ini turut mengadakan “Kuliah Buku”, iaitu kami pastikan setiah ahli GEMAS membaca sebuah buku dan dikupaskan tentang intipati buku tersebut serta ahli lain akan memberi pandangan.

Antara lain, iaitu menyediakan ” Tabung Derma Kilat ”, GEMAS bersolidariti untuk mahasiswa dengan mmbantu mahasiswa yang terlibat dengan bencana alam seperti kebakaran.

“Kami akan memungut kutipan derma di sekitar Sandakan dan hasilnya akan diberikan kepada yang terlibat seperti yang berlaku di Kg Gas baru-baru ini”, kata Andi lagi.

Untuk keterangan lanjut, bagi mereka yang ingin mengetahui perkembangan GEMAS boleh mengikuti (follow) dan menyukai (like) paparan mereka di Facebook iaitu “Gerakan Mahasiswa Sandakan”.

   
Email Print
   
 
 
E-browse