Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 EDUCATION

90 pelajar kolej vokasional bakal berentap rebut Anugerah Tangan Emas

3rd August, 2018

KUDAT: Seramai 90 pelajar Kolej Vokasional (KV) bakal merebut Anugerah Tangan Emas sempena Pertandingan KV Skill’s anjuran KV Kudat yang berlangsung pada 10 hingga 14 Ogos nanti.

Pengarahnya, Christine Stanislaus Kinsik berkata, kejohanan tahunan tersebut merupakan gambaran sebenar tentang produk yang bakal dilahirkan oleh semua kolej vokasional khususnya di Sabah dan Wilayah Persekutuan (W.P.) Labuan.

“Bagi pihak pengelola kita berbesar hati menerima kehadiran kontinjen daripada kolej vokasional di zon kita untuk bersama-sama menyertai kejohanan tahunan yang mampu menonjolkan keupayaan para pelajar kita di dalam bidang masing-masing.

“Antara pertandingan kemahiran yang bakal diadakan adalah seperti pertandingan wall and floor tiling, IT networking system administration, elektronik industri, inventor, automotif, air conditioning system, welding technology dan elektrik manakala bagi bidang hospitality akan dipertandingkan di KV Keningau.”

Pengumuman dan penyampaian anugerah kepada para pemenang akan diadakan di Dewan Gemilang KV Kudat yang dijangka dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Mohammad Mohamarin,” kata beliau dalam satu kenyataan kelmarin.

Para peserta akan merebut Anugerah Tangan Emas bagi bidang-bidang kemahiran seperti kejuruteraan awam, mekanikal, elektrik dan elektronik, sistem komputer serta hospitaliti.

“Pihak kolej turut merancang mngadakan bazar atau pameran bagi memeriahkan lagi kehadiran para peserta dan kontinjen ke Kudat selain sebagai penghargaan dan rasa terima kasih atas kerjasama mereka dalam menjayakan kejohanan kali ini,” katanya

   
Email Print
   
 
 
E-browse