Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 Leisure

Annabella Sue muncul juara pertandingan Akhir Nyanyian Solo peringkat Sekolah Rendah

6th August, 2018

OLEH RIZALMI LIMAN

KENINGAU: Annabella Sue dari Sekolah Kebangsaan Luagan mewakili Zon Bingkor muncul sebagai Juara dalam pertandingan Akhir Nyanyian Solo Sekolah-Sekolah Rendah peringkat daerah ini yang diadakan di SK Bunga Raya di sini Sabtu lalu.

Annabella juga turut dipilih sebagai pemenang persembahan yang terbaik.

Pertandingan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah disertai seramai lapan peserta iaitu Nur Diyana Alfian dari SK Tulid mewakili Zon Trusmadi, Annabella Sue dari SK Luagan (Zon Bingkor), Hervitus Conalee Thadius dari SK Bundu (Zon Apin-Apin), Qurratu Ain Balqis Khairuzzaman dari SK Ansip (Zone Pegalan), Diex Brynter Meji dari SK Bunga Raya (Zon Apin-Apin), Sonia Olivia Saol dari SK Ulu Senagang (Zon Pekan), Jessy Yohanes Watoh dari SK Banjar (Zon Bandar) dan Dvisiahianiee Aliuddin dari SK Sook (Zon Sook).

Naib Juara dalam pertandingan itu dimenangi oleh Nur Diyana Alfian dari SK Tulid sementera tempat ketiga dimenangi oleh Hervitus Connalle Thadius dari SK Bundu.

Pertandingan itu telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rasinin Kautis yang diwakili oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Liawan, Raymond Pudon.

Semua hadiah-hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Raymond.

Hadir sama pada majlis itu, wakil Pegawai Pendidikan Daerah, Abdul Karim Abdul Rashid; Penyelaras Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah, Mohd Azlie Mohd Tali; Guru Besar SK Bunga Raya, Suraity Rahmat, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar.

   
Email Print
   
 
 
E-browse