Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 Leisure

'Free Walking Tour,' meneroka tapak sejarah di Kota Kinabalu

7th August, 2018

KOTA Kinabalu merupakan ibu negeri bagi Sabah dan terletak berhampiran tanjung. Lokasi strategik bandaraya ini turut menjadi faktor utama bandar ini menerima kunjungan pelancong di samping sektor ekonomi yang berkembang.

Menjadi hub-ekonomi dan pelancongan, Kota Kinabalu merupakan antara destinasi pelancongan yang menyimpan khazanah sejarah sejak zaman penjajahan masa lalu.

Pastinya, hasil peninggalan sejarah seperti struktur bangunan dan arca lama menjadi antara kelainan bagi aktiviti pelancongan berunsur sejarah di sekitar bandar.

Lembaga Pelancongan Sabah Berperanan sebagai sebuah badan yang mengendalikan aktiviti pelancongan, Lembaga Pelancongan Sabah yang bertapak di Jalan Gaya, sememangnya ia antara yang membawa peranan besar dalam sektor kemajuan pelancongan bersejarah bagi bandaraya ini.

Bangunan Lembaga Pelancongan Sabah antara tiga bangunan tertua di Kota Kinabalu hasil peninggalan penjajah. Berdiri megah sebagai bangunan yang mempunyai unsur sejarah, Lembaga Pelancongan Sabah dipantau sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Menurut sejarah, bangunan merupakan pejabat pos Jesselton dan ia telah dibina pada tahun 1916 oleh sebuah syarikat pencetakan daripada Sandakan dengan menggunakan kayu-kayan.

Pada 16 Mac 1918, bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Gabenor Borneo Utara pada ketika itu, iaitu Aylmer Cavendish Pearson.

Bangunan bersejarah ini telah diwartakan sebagai antara 24 bangunan bersejarah oleh Pertubuhan Kebudayaan Negeri Sabah dibawah Enakmen Kebudayaan Negeri 2017 pada 23 Februari 2018.

City Walk, pusing-pusing kawasan bersejarah Turut menarik perhatian, usaha memperluaskan pengetahuan dalam kalangan pelacong dalam dan luar negara, adalah City Walk.

Ilham yang dicetuskan itu mensasarkan untuk memberi lebih pengetahuan kepada para pelancong tentang tempat-tempat pelancongan bersejarah di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Nelson Wong adalah antara pemandu pelancong yang bertugas secara bebas bersama pihak Lembaga Pelancongan Sabah.

Mempunyai pengalaman sebagai pemandu pelancong selama lebih lima tahun, Nelson nyata mempunyai banyak pengetahuan tentang tapak-tapak sejarah di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

“Berasal dari Kota Kinabalu, pastinya saya sangat berbesar hati dapat menjadi pemandu pelancong di kawasan Kota Kinabalu sekaligus berkongsi kisah-kisah sejarah yang terdapat di beberapa bangunan utama di kota ini,” katanya kepada ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Nelson, usaha memperkenalkan tapak-tapak bersejarah dalam meluaskan skop pelancongan di bandaraya Kota Kinabalu satu usaha yang wajar dipuji dan disokong terutamanya oleh semua penduduk tempatan.

“Bangunan-bangunan lama yang mempunyai unsur peninggalan sejarah di sekitar bandaraya ini adalah seperti bangunan Lembaga Pelancongan Sabah, Menara Jam Atkinson dan Monumen British,” katanya lagi.

Menara Jam Atkinson, peninggalan sejarah besar kepada perairan Kota Kinabalu Nelson turut membawa wartawan New Sabah Times bersama dua pelancong dari England salam sesi City Walk kali ini.

Jelas Nelson, Menara Jam Atkinson adalah lokasi wajib yang akan dikunjungi dalam setiap sesi City Walk.

“Menara ini ada nilai sejarahnya kerana dahulunya, Jalan Gaya ini belum wujud dan menara jam ini adalah penunjuk arah atau rumah api kepada para pelayar dan kapal yang datang berlabuh di Jesselton ketika itu.

“Fungsi dan sumbangan menara jam ini menjadi suatu unsur sejarah yang dikekalkan sehingga kini dan lokasi menara ini di tengah-tengah kota, bersebelahan jalan menuju ke Bukit Bendera, berdekatan Dewan Komuniti dan Padang Merdeka,” jelas Nelson.

Menara Jam Atkinson sememangnya membawa unsur sentimental yang bermakna khasnya dalam perjalanan sejarah wujudnya bandaraya Kota Kinabalu.

Caroline, pelancong yang turut serta dalam sesi City Walk turut mengekspresikan rasa kagum beliau dengan keteguhan dan penjagaan rapi yang dibuat kepada bangunan bersejarah di sekitar bandaraya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse