Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 BM

Ronald Kiandee dipilih Pengerusi PAC Majlis Parlimen Ke-14

8th August, 2018

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Beluran dari BN Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dipilih oleh Dewan Rakyat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi Majlis Parlimen Ke-14.

Anggota Parlimen Ipoh Timur dari Pakatan Harapan Wong Kah Woh pula dipilih sebagai Timbalan Pengerusi PAC. Pakatan Harapan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 antara lain menjanjikan akan memilih Ahli Parlimen pembangkang sebagai pengerusi PAC.

Ronald dalam kenyataannya mengucapkan ribuan terima kasih atas mandat yang diberikan Ahli-Ahli dewan Rakyat, Ketua Pembangkang serta Kerajaan apabila dipilih sebagai Pengerusi PAC Parlimen dengan sebulat suara.

Beliau berkata pelantikan ini, adalah satu sejarah dalam Parlimen Malaysia apabila seorang ahli Parlimen daripada parti pembangkang dipilih sebagai Pengerusi PAC dan beliau menyambut baik langkah progresif yang diambil Kerajaan memandangkan tugas serta tanggungjawab PAC Parlimen adalah untuk meneliti segala urusan serta tatacara kewangan negara bukan sahaja membabitkan kerajaan ketika ini, tetapi juga kerajaan terdahulu, sekiranya didapati perlu.

“Sudah pasti perdebatan politik berhubung tahap dan skop perbelanjaan Kerajaan tetapi secara konsensus di kalangan Ahli-Ahli Parlimen, tidak kira sama ada daripada parti Kerajaan atau pembangkang, wang awam perlu dibelanjakan secara efektif serta efisien,” tegasnya.

Ronald berkata PAC Parlimen perlu memainkan peranannya dengan berkesan dalam menyediakan mekanisme ‘check and balance’ dalam sistem demokrasi kepada Kerajaan dengan lebih telus serta berakauntabiliti.

Beliau menegaskan dalam PAC Parlimen mencari kebenaran terhadap segala isu berkaitan wang awam adalah amat penting integriti Parlimen sentiasa terpelihara berdasarkan konsep pengasingan kuasa.

“Berdasarkan itu, semua yang dilakukan PAC Parlimen perlu dilakukan dengan terbuka, telus serta demokratik sekali gus akan meningkatkan kepercayaan terhadap proses demokrasi di negara ini,” katanya.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu juga meminta ahli-ahli PAC yang akan dipilih Jawatankuasa Pemilih supaya mengenepikan ideologi politik masing-masing apabila mereka menghadiri mesyuarat PAC Parlimen supaya semua prosiding PAC dapat dijalankan tanpa rasa takut atau memihak mana-mana pihak dan sudah pasti pengalaman saya sebagai mantan Timbalan Speaker Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah nilai tambah bagi saya sebagai Pengerusi PAC Parlimen.

“Saya mahu memastikan PAC Parlimen di bawah pimpinan saya akan:

1) Memeriksa semua projek yang dibiayai Kerajaan;

ii) Memastikan segala syor serta cadangan PAC kepada Kerajaan diambil tindakan sewajarnya;iii) Mengadakan perbincangan mendalam dengan semua Ahli Parlimen dan sentiasa terbuka terhadap segala cadangan untuk PAC Parlimen menjalankan siasatan terhadap sebarang projek Kerajaan.

Pada masa sama, Beliau mencadangkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat supaya,mengkaji semula Peraturan Mesyuarat 85 Dewan Rakyat yang tidak membenarkan mesyuarat prosiding PAC dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua prosiding PAC dijalankan secara telus, berakauntabiliti dan berkredibiliti.

Beliau turut mencadangkan keanggotaan wakil tetap / Ex-Officio PAC Parlimen ditambah dengan wakil daripada Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain wakil daripada Kementerian Kewangan (MoF), Jabatan Audit Negara, Jabatan Akauntan Negara, Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ronlad berkata Laporan PAC Parlimen dibahaskan di dalam Dewan Rakyat dengan diberikan slot masa khusus untuk perbahasan laporan ini.

Beliau juga meminta MoF membentangkan laporan penuh terhadap tindakan yang diambil terhadap setiap syor dan cadangan PAC kepada PAC berdasarkan Arahan Perbendahaan Arahan Perbendaharaan 304 (b).

   
Email Print
   
 
 
E-browse