Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 EDUCATION

SMK Taman Tun Fuad naib juara forum remaja peringkat kebangsaan

8th August, 2018

KOTA KINABALU: Sumbangan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan kerajaan negeri Sabah berjaya memberi suntikan semangat kepada pasukan forum SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu semasa mewakili negeri Sabah dalam forum remaja peringkat kebangsaan 2018 baru-baru ini.

Ia dapat dilihat apabila pasukan tersebut yang membawa tajuk ‘Kemelut Sosial Isu negara’, berjaya meraih naib johan dalam pertandingan yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Turut membanggakan apabila salah seorang pesertanya Nur Fatehah Ahmad Fauzi berjaya mendapat anugerah pengerusi terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM200, sijil serta buku iringan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Secara keseluruhannya pula, pasukan ini juga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,500, sijil pencapaian dan buku iringan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam pada itu, pihak sekolah dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Tun Fuad merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ketua menteri dan Kerajaan Negeri Sabah atas sumbangan yang diberikan dalam bentuk kos penerbangan, perbelanjaan serta saguhati.

Turut mengiringi pasukan forum ini ialah Pengetua Sekolah Hajah Wanihim Othman, Yang Dipertua PIBG Noorjani Sulaiman dan guru pembimbing Connie C. Ah Gang.

   
Email Print
   
 
 
E-browse