Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Biggest ever Sabah contingent for Sukma |  Straight fight for Safa presidency |  Man sought for spearing wife |  Wildlife unit’s swift actions save jumbo |  Man tries political ties to get druggie sons off |  Stand-up comedian Harith Iskander to perform at SHAREDA Nite |  Bangkok-KK route will boost state's tourism |  KPJ Healthcare records RM44.6 mln Q2 net profit |  CIDB urges industry to adopt QLASSIC |  Polinta moguhud misokodung miampai Indonesia monoodo talun-alun tagazo |  Komulakan kusai natagak nokito poinhabu id tenggara Pulou Timbun Mata |  Podtuhudan potihombus Bangkok- Kota Kinabalu kopoinsavat kotombuhuzan |  25 pelajar Universiti Wuyi China sertai Kursus Kejuruteraan di UMS |  Cuba lepaskan anak ditahan AADK, ayah guna nama parti |  APMM Semporna rampas minyak petrol | 
 Leisure

Kelab motosikal ARC Malaysia adakan perjumpaan di Kundasang pada 29-30 September depan

8th August, 2018

KUNDASANG: Kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC) Malaysia akan mengadakan Perjumpaan ARC Malaysia kali ke-8 di Kundasang, Sabah pada 29 hingga 30 September 2018 akan datang.

Program ini merupakan program tahunan ARC Malaysia, untuk menghimpunkan para peminat sukan permotoran khususnya ahli-ahli ARC, untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli serta mengambil peluang untuk menerokai keindahan negeri-negeri yang menjadi tuan rumah.

Pengarah program, merangkap pengarah ARC Negeri Sabah, Asrul Samat berkata, program ini akan dihadiri oleh ahli-ahli ARC dari seluruh negara dan para peserta tersebut telah pun mengesahkan kehadiran serta menguruskan tiket penerbangan dari semenanjung ke Sabah lebih awal.

Di samping itu, Kundasang dipilih menjadi tempat program kerana ianya merupakan tempat di mana terletaknya Gunung Kinabalu yang menjadi ikon kepada negeri Sabah, katanya semasa membuat tinjauan ke tapak program dan mesyuarat penyelarasan bersama krew pelaksana Ahad lepas.

Beliau menambah, pelbagai program menarik dan bermanfaat akan diadakan selama 2 hari 1 malam, seperti slot bual bicara santai bersama selebriti jemputan, tazkirah, sukaneka, program amal bersama asnaf di sekitar Kundasang, derma darah, serta cabutan bertuah yang menyediakan banyak hadiah yang telah ditaja oleh penganjur. Antara hadiah utamanya ialah sebuah motosikal.

Orang ramai khususnya para pemuda dan kelab-kelab permotoran di seluruh negeri Sabah dijemput hadir ke program ini dan sebarang maklumat serta perkembangan berkenaan program boleh diikuti dan diperolehi di laman Facebook ARC Sabah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse