Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 EDUCATION

PPSMS berperanan penting sampaikan dasar dan program pendidikan: Dr Kassim

8th August, 2018

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

KOTA KINABALU: Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS) mempunyai peranan penting untuk menyampaikan setiap dasar dan program pendidikan diperingkat Kementerian dan Jabatan Pendidikan Sabah kepada semua sekolah.

Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd Kassim Haji Mohd Ibrahim, Pengetua adalah pemimpin pendidikan yang berada di medan paling depan yang memastikan kemenjadian murid sebagai produk institusi pendidikan.

“Adalah menjadi aspirasi agar PPSMS dapat memainkan peranannya selaras dengan matlamat memperjuangkan kelangsungan pendidikan secara menyeluruh dan bertanggungjawab kepada pembangunan pendidikan negara.

“PPSMS merupakan rakan kongsi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dalam memperkasakan pendidikan di Sabah,” katanya ketika menerima kunjungan hormat EXCO PPSMS 2018-2020 di Kota Kota Kinabau baru-baru ini yang diketuai Presidennya Haji Kusdi Ribut.

Beliau juga berpesan agar semua pengetua sentiasa menjaga ‘Rumah Tangga pendidikan’ dan tidak menggunakan media sosial sebagai cara melepaskan isu.

“Pendidikan ini organisasi kita dan kita selesaikan mengikut saluran dalam ‘Rumah Tangga pendidikan’. Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu mengamalkan prinsip pendekatan organisasi iaitu membimbing, menyokong dan melindungi staf kita. Jagalah kebajikan mereka,” tegasnya.

Sementara itu, Haji Kusdi yang juga Pengarah Kolej Tingkatan 6 Kota Kinabalu ketika memperkenalkan kepimpinan PPSMS menyatakan komitmen bahawa semua pengetua menyokong penuh kerajaan Malaysia, kerajaan Negeri Sabah dan kepimpinan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Beliau juga berharap, pengetua diberi peluang untuk dilantik ke Jawatan Gred 52 ke atas di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan mengikut merit dan prestasi.

Antara Exco Tertinggi PPSMS yang hadir dalam kunjungan itu terdiri Hajah Wanihim Othman, Lee Li Leng,Haji Norhamizam Shah Noordin, Mokhtar Abd.Rashid,Majus Munsing, Haji Ismail Tukimin, Zarida Haji Junaidi, Albert Bayoi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse