Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 BM

Ibu tunggal kecewa belum dapat bantuan sejak atap rumah diterbangkan angin

9th August, 2018

WESTON: Seorang ibu tunggal, Sharifah Abd Ghani, 45, sedih dan menzahirkan rasa kecewa apabila atap rumah beliau yang rosak akibat angin kencang terbiar pada 17 Julai lalu tanpa menerima apa-apa bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah ataupun pihak kerajaan.

“Saya telah pun menghantar laporan polis dan dokumen berserta gambar rumah yang rosak kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Beaufort dua hari selepas kejadian itu namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil atau membantu saya,” dakwanya.

Beliau berkata sekali lagi dapur rumahnya bertambah rosak apabila kejadian angin kencang kedua beberapa hari lalu sehingga menerbangkan hampir keseluruhan atap dapur.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi New Sabah Times di sini pada Rabu merayu supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan perhatian dan tindakan segera.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat diharap segera menghulurkan bantuan terhadap ibu tunggal seperti saya kerana bahagian dapur menjadi basah apabila hujan turun sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Pada 17 Julai lalu angin kencang melanda Kampung Weston pada awal tengah malam dan merosakkan rumah Sharifah.

Sebanyak 28 keping atap zink rumah Sharifah diterbangkan angin pada 17 Julai lalu dan sejak dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak ada sebarang bantuan pun diterima untuk menyelesaikan masalah ini.

Katanya memang ada beberapa pemimpin masyarakat datang menjenguk rumahnya dan mereka hanya mencatat segala kerosakan tetapi sehingga sekarang tidak ada bantuan dihulurkan.

Sharifah yang mempunyai tujuh anak telah menduduki rumah PPRTnya sejak lima tahun lalu, beliau hanyalah seorang penjaja pisang goreng di Pekan Weston amat berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun kerajaan akan menghulurkan bantuan yang sepatutnya.-OLEH AHMAD APONG

   
Email Print
   
 
 
E-browse