Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 BM

HDOK dan Sedafiat diisytiharkan hospital bebas sampah 2018 oleh MPS

9th August, 2018

OLEH ALIZA ALAWI

SANDAKAN – Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan dan Sedafiat Sdn Bhd Cawangan Sandakan diisytiharkan hospital dan pejabat bebas sampah 2018 oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Majlis pengisytiharan itu yang berlangsung di Dewan Selingan HDOK, pada Rabu telah dilaksanakan oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Haji Mohamad Hamsan Haji Awang Supain.

HDOK Sandakan bangunan kerajaan yang ke-7 diantara 59 premis yang telah diisytiharkan bebas sampah termasuk bangunan kerajaan yang lain, sekolah menengah dan rendah, bank, syarikat swasta dan hotel di daerah ini sejak Kempen Anti Kutu Sampah (KAKS) dilaksanakan pada tahun 2011.

Pengarah HDOK, Francis Paul berkata, detik bersejarah HDOK ini sinonim dengan usaha kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk masyarakat agar boleh hidup sihat dalam kualiti yang terbaik.

“Bagi kami di hospital ini kebersihan dan kesihatan merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan lagi kerana mempunyai hubungan yang utuh..Kerana selain kakitangan yang datang berkerja turut hadir adalah orang ramai yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Di HDOK mempunyai 1,600 kakitangan dan setiap hari lebih 1,000 pelanggan dari pelbagai latar belakang datang mendapatkan pemeriksaan.. Oleh itu mewujudkan persekitaran yang bersih adalah penting untuk kakitangan dan juga masyarakat setempat”, katanya

Untuk makluman, pada 2015, HDOK telah mendapat Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan pada ketika itu merupakan satu-satunya hospital di Sabah yang berjaya memperolehi Pensijilan EKSA.

EKSA merupakan hasil penambahbaikan dari konsep 5s (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dan telah diberi nafas baru iaitu merangkumi elemen korporat, kreatif dan inovatif serta elemen hijau.

Dalam pada itu, katanya dengan kerjasama Sedafiat, HDOK juga sedang mengamalkan Program 3R (Reduce, Reuse and Recycle) bagi mengenalpasti sisa buang yang dihasilkan di hospital ini dan diuruskan dengan kaedah yang betul selain daripada menjaga dan memelihara alam sekitar.

“Sedafiat sedang menjalankan kerja yang baik dalam proses ini dan pihak HDOK sentiasa memberikan komitmen yang padu dalam hal ini”,

“Program ini bukan sahaja mendidik warga HDOK.. Namun program itu juga mempunyai matlamat berpanjangan membantu mendidik pengunjung-pengunjung HDOK dalam amalan 3R sendiri”, katanya lagi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse