Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 BM

Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu baharu beroperasi sepenuhnya Sept depan

10th August, 2018

KOTA KINABALU: Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, dekat sini, akan menjadi mercu tanda baharu bagi Sabah apabila bangunan ikonik setinggi enam tingkat yang siap dibina pada April lepas itu beroperasi sepenuhnya pada September depan.

Bangunan baharu bernilai RM177 juta itu dibina di atas tanah seluas 2.53 hektar dengan dilengkapi 16 bilik bicara terdiri daripada satu Mahkamah Persekutuan, tiga Mahkamah Tinggi, enam Mahkamah Sesyen termasuk Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak dan enam Mahkamah Majistret.

Kompleks itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang pejabat mengandungi kamar hakim; bilik persidangan; bilik mesyuarat; perpustakaan; selain kemudahan sistem teknologi maklumat termasuk sistem Rakaman Transkrip Mahkamah dan internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk V.K Liew berkata pembinaan dan penyediaan prasarana serba lengkap bagi keperluan badan kehakiman itu akan menjadi kebanggaan buat warga Sabah termasuk pengamal undang-undang di negeri ini.

“Saat inilah yang sangat dinanti-nantikan bukan hanya bagi badan kehakiman dan kalangan pengamal undang-undang tempatan, tetapi juga bagi penduduk Sabah,” katanya menyaksikan majlis penyerahan projek kompleks baharu itu, di sini kelmarin

Pada majlis itu, Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum menyerahkan replika kunci kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah sebagai simbolik penyerahan bangunan kompleks mahkamah baharu itu kepada pihak pengurusan.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md Taha; dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Datuk Jalil Marzuki.

Liew berkata proses perpindahan operasi dan kakitangan dari bangunan kompleks mahkamah lama kini sedang dijalankan dan dijangka selesai pada penghujung bulan ini.

Fungsi kompleks mahkamah lama itu juga akan dioptimumkan sepenuhnya dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan termasuk menggunakan kompleks itu sebagai tempat mengendalikan kes perundangan berkaitan termasuk mendengar permohonan tahanan reman pada hujung minggu, katanya.

Sementara itu, Jalil berkata, bangunan kompleks mahkamah Kota Kinabalu yang baharu itu akan menjadi mercu tanda kedaulatan undang-undang di negara ini khususnya di Sabah dan beliau berharap ia dapat memastikan sistem penyampaian kehakiman lebih cekap dan efisien untuk manfaat rakyat.

Kompleks mahkamah baharu itu adalah antara enam projek bangunan mahkamah yang dirancang untuk disiapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11, katanya.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse