Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 BM

Kerajaan Sabah jamin terus pertahan hak orang asal Sabah

10th August, 2018

TUARAN: Kerajaan negeri Sabah memberi jaminan untuk terus memartabatkan dan mempertahankan hak-hak orang asal di negeri ini.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri yang baharu telah diwujudkan Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah yang dikhaskan untuk merancang dan mengenal pasti apa sahaja isu berkaitan dengan hak-hak orang asal Sabah.

“Kita sangat yakin mampu untuk mempertahankan hak-hak orang asal di Sabah dan sebab itu dalam kerajaan baharu kita telah wujudkan kementerian yang bertujuan untuk mempertahankan hak-hak anak negeri bukan sahaja dari segi tanah, agama, adat resam, budaya dan banyak lagi perkara yang kita perlu pertahankan.

“Oleh itu Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri sedang mengubal satu undang-undang baharu untuk menyelasaikan permasalahan yang dihadapi oleh orang asal di negeri ini…kita akan terus mempertingkatkan usaha untuk mempertahankan hak-hak orang asal,” katanya.-Bernama

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Kiulu, dekat sini hari ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse