Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 BM

31 premis dianugerah Blue Ribbon

10th August, 2018

Oleh ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Sebanyak 31 premis di Negeri Sabah dianugerahkan Blue Ribbon kerana bebas dari sebarang amalan merokok.

Bagi daerah Sandakan, tiga premis yang menerima pengikhtirafan tersebut Borneon Sun Bear Conservation Centre, Amanson Signature Hotel dan 7 Heaven Dessert Parlor.

Blue Ribbon merupakan program sukarela di bawah Artikel 8 Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) iaitu perlindungan kepada bahaya asap rokok yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Stephen Wong Tien Fatt berkata, berharap lebih banyak kawasan akan dijadikan kawasan bebas asap rokok dan Sandakan akan mempunyai satu kawasan zon larangan merokok terutama sekali di kawasan tumpuan pelancong dan orang awam.

Katanya, pemerkasaan masyarakat merupakan elemen utama di dalam memastikan sebarang bentuk amalan. merokok ini dapat dibendung.

“Secara keseluruhannya tren pengambilan rokok dinegara kita amatlah membimbangkan.” katanya.

Oleh itu, tambahnya penyertaan dan usaha-usaha ke arah pencegahan dari semua pihak amatlah diperlukan.

Ujarnya, ini kerana walaupun terdapat kemudaratan yang disebabkan oleh tembakau kepada kesihatan jantung, namun kesedaran masyarakat terhadap fakta tersebut terutamanya golongan perokok adalah rendah.

“Kebanyakan mereka berpendapat bahawa terdapat penyelesaian untuk mengurangkan kematian dan penyakit yang berkaitan tembakau,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap Merasmikan Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Sabah 2018 yang bertemakan Tembakau dan Penyakit Jantung- ke arah Generasi Tanpa Merokok di SMK Merpati Sandakan pada Khamis.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dalam ucapannya berkata, sambutan kempen tahun ini memberi fokus kepada golongan belia dan kanak-kanak sebagai generasi pelapis supaya menjauhi rokok sekaligus mengurangkan jumlah pesakit jantung di negara ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse