Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 BM

Anggota Dewan Rakyat diberi amaran jangan guna perkataan kesat

10th August, 2018

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof memberi amaran kepada semua Anggota Parlimen supaya menjaga tingkah laku dan tidak menggunakan kata-kata kesat serta berbaur lucah di dalam Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff berkata tindakan keras boleh diambil di bawah Peraturan Mesyuarat 44 (2), termasuk mengarahkan mereka keluar dari dewan untuk satu tempoh tertentu.

“Jika perkataan-perkataan ini disebut maka saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli Yang Berhormat yang gagal mematuhi peraturan-peraturan mesyuarat,” katanya selepas selesai sesi soal jawab lisan.

Beliau merujuk kepada perkataan berbaur lucah yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam insiden pertikaman lidah antara Anggota Parlimen Kinabatangan itu dengan Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) dan Su Keong Siong (PH-Kampar), pada Selasa (7 Ogos).

Sambil melahirkan kekesalannya, Mohamad Ariff berkata perkataan-perkataan kurang sopan juga pernah dikeluarkan oleh anggota-anggota Parlimen lain sebelum ini, yang mana ia tidak menghormati dan mencemarkan Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan Peraturan Mesyuarat 36 (4) memperuntukkan adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli dewan menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat pernyataan yang seksis.

Katanya walaupun Anggota Dewan Rakyat yang melakukan kesalahan tersebut telah memohon maaf dan menarik balik perkataan kurang sopan mereka, namun ia dilihat sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’ malah ada yang mengulangi kesalahan tersebut.

“Mengenai tingkah laku Yang Berhormat Kinabatangan (Bung Moktar) dan pertuturan perkataan berbaur lucah dalam majlis 7 Ogos yang lalu, saya ingin nyatakan sekiranya tingkah laku yang sama diulang, Yang Berhormat Kinabatangan akan dikeluarkan dari Dewan yang mulia ini dengan serta-merta untuk satu tempoh seperti yang diperuntukan di bawah Peraturan Mesyuarat 44,” katanya. -Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse