Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 BM

Rasuah: Penolong Pengarah Kastam antara direman

10th August, 2018

Oleh NAZRINI BADARUN

TAWAU: Penolong Pengarah Kastam antara tiga yang direman selama enam hari mulai kelmarin sehingga 14 Ogos ini untuk membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah sebanyak RM3000.

Permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan Majistret Herlina Muse mengikut Seksyen 16(a) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurut sumber ketiga-tiga mereka yang berumur 29 hingga 49 itu ditahan pada 8 Ogos lepas di Pejabat SPRM dan sekitar bandar Tawau.

Penolong Pengarah Kastam berusia 49 tahun itu dipercayai telah meminta wang sebanyak RM3000 daripada pengadu pada 8 Ogos lepas kira-kira jam 10:30 pagi, di pejabat Kastam Bahagian Import Eksport Daerah Tawau.

Wang tersebut sebagai balasan untuk melepaskan bot pengadu yang kononnya mempunyai kesalahan iaitu tidak mengisytiharkan enjin yang datang bersama dengan bot tersebut yang diimport dari Jepun.

Penolong Pengarah Kastam itu kemudian mengarahkan pengadu menyerahkan wang tersebut kepada kerani sebuah syarikat pengangkutan dan pemunggahan.

Selepas itu bot dan enjin pengadu yang ditahan kemudian dilepaskan dan diserahkan kepada pengadu. Pada 5.15 petang kerani itu telah ditangkap dalam operasi perangkap kerana bersubahat dengan Penolong Pengarah Kastam tersebut.

Pada jam 7.30 petang Penolong Pengarah Kastam telah ditangkap di pejabat SPRM dan kemudian seorang lagi kerani yang bertindak sebagai orang tengah turut ditahan pada jam 7.35 petang.

   
Email Print
   
 
 
E-browse