Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kerajaan digesa selesai masalah mendapan pasir sungai Tampasuk |  Lebih 60 rumah rosak di Tanjung Batu Laut akibat ribut, hujan |  60 hamin noumbak tu tongus topuod id Tawau |  Overseas stint for Sabahan Masturah |  Shuttler Goh wins men’s singles |  Ben among stellar cast |  Senior police officer fined RM20,000 for having illegal immigrant in house |  More charter, extra flights to Sabah |  Fighting cocks possible H5N1 source according to Junz |  Green turtle likely killed by boat propeller |  Death of elephants haunts Minister |  Over 60 houses damaged in storm |  GBS will be new opposition bloc |  Ministry starts working on solving Sabah unemployment issues |  Pemegang kad pengenalan merah lebih 60 tahun diberi taraf warganegara: PM | 
 Leisure

Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee Peringkat Zon Sabah 2018 Sabtu ini

10th August, 2018

JABATAN Penyiaran Malayasia,Sabah menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik sekali lagi akan menganjurkan Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee Peringkat Zon Sabah 2018 pada 11 Ogos iaitu Sabtu ini bermula pukul 1.45 petang bertempat di Studio TV RTM Kompleks Bersepadu KKMM,Kota Kinabalu.

Objektif penganjuran pertandingan adalah,mMencungkil bakat ,nyanyian ,lakonan dan lawak jenaka,meransang minat masyarakat terhadap khazanah kesenian negara, mengenang dan menghargai karya seni Seniman Agung Tan Sri Dr. P. Ramlee dan meningkatkan jalinan kerjasama dalam bidang penyiaran dengan Negara Brunei Darussalam ,Singapura dan Indonesia.

Pertandingan Bintang P.Ramlee adalah antara pertandingan yang telah melahirkan bekas Johan berasal dari Negeri Sabah,Antaranya; Juraimi ahmad dan Salmah Osmpan pada Tahun 2004 serta Fairuz Misran dan Azeani Awang pada Tahun 2012.

Pada tahun ini,penyertaan dibuka kepada mereka yang berusia antara 18 tahun hingga 45 tahun iaitu yang lahir antara 1973 hingga 2000.

Peserta dipilih untuk bertanding di Peringkat Zon Sabah,peserta perlulah menghadiri ujibakat yang dibuat di seluruh negeri untuk melayakkan diri ke peringkat Zon Sabah.

Antara lokasi ujibakat adalah Kota Kinabalu ,Keningau ,Tawau ,Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tiga peserta terbaik lelaki dan tiga peserta terbaik wanita dipilih untuk ke Peringkat Zon Sabah. Keenam-enam peserta ini dinilai melalui pemarkahan juri di lokasi uji bakat diadakan .

Enam peserta ini akan bertanding di Peringkat Zon Sabah untuk memilih Johan Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee Peringkat Zon Sabah 2018 sekaligus mewakili Zon Sabah ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Stadium Perpaduan ,Petra Jaya Kuching ,Sarawak pada 6 oktober 2018.

Enam peserta yang berjaya masuk ke Peringkat Zon Sabah ialah; Kategori Lelaki ialah Arjayani @ Fuad Ajad dari Kota Belud, Mohd Burhan Ayub dari Papar dan Mohd Syazrul Nizam Matusin dari Beaufort.

Untuk Kategori Pasangan pula terdiri dari Maizatul Marzuki dari Membakut ,Jamilah Hancus dari Sandakan dan Rafidah Asgali dari Sandakan.

Untuk persembahan peringkat Zon Sabah ini,setiap peserta akan mempersembahkan 1 lagu wajib,nyanyian P.Ramlee.

Untuk lagu kedua,peserta kena menyampaikan lagu secara DUET dimana lagu dipilih melalui petikan filem-filem lakonan P.Ramlee.

Johan Kategori Lelaki akan membawa balik wang tunai EM2,00, trofi dan sijil manakala dua sagu hati akan menerima wang tunai RM700,trofi dan sijil manakala hadiah yang sama jumlahnya untuk Kategori Pasangan.

Selain menonton enam peserta ini bertanding,penonton di Studio juga bakal dihiburkan dengan dua artis kelahiran RTM Sabah iaitu Fairuz Misran dan Azeani Awang iaitu Juara Kebangsaan Pertandingan P.Ramli dan Pasangan 2012.

DJ Denis Primus [SabahVFM] dan DJ Sabrina Baas [SabahFM] selaku pengacara petang pertandingan tersebut. Pertandingan ini akan diiringi oleh Pemuzik RTM Sabah yang diketuai oleh Raimond Sukudat @ Matlan selaku penggubah muzik . Pertandingan ini bakal diadili oleh juri profesional yang berpengalaman.

Orang ramai juga boleh mengikuti pertandingan ini secara lansung menerusi siaran Sabah FM .Selain rakaman Radio,Pertandingan ini juga akan dirakam sepenuhnya oleh Unit Penerbitan TV RTM untuk siaran di RTM TV2.

Orang ramai terutamanya penggemar lagu – lagu P.Ramlee dijemput untuk hadir dan memberi sokongan kepada Finalis bagi memeriahkan lagi petang pertandingan ini ini yang bertema ‘’Sepanjang Zaman’’ dan masuk adalah percuma.

   
Email Print
   
 
 
E-browse