Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Daniel Craig signs on for ‘Dragon Tattoo’ |  Nicole Kidman and Ben Affleck films among Toronto fest debuts |  With sweetness, soul, Aretha and Rice make music |  Concerns over losing out on FDI misplaced, says Mustapa |  Share prices close higher, FBM KLCI at new high in rally |  POIC Lahad Datu to have biggest grouping of palm oil refineries |  Ivory makes 15 sen premium debut on Bursa Malaysia |  Three from Sabah win entrepreneur awards |  21 kiis susumikul notianan om minogkosusu tanak labus pisasawaan pointonod di 2006 |  RM9.9 bilion montok Kolinik 1Malaysia |  Hamin mindad po timpu do umaba nontodonon mantad hizud minonigog |  KOONDUAN NASAMAANAN NAPATAI POINGKAGOS |  Wajib beli beras import syarat dapat beras Nasional, pengguna tidak puas hati |  Usahawan berjaya perlu sanggup tempuh cabaran |  Wanita 54 tahun ditemui mati | 
 BM

Penutupan syarikat tembakau tidak jejas pendapatan penjual tembakau kaki lima

17th March, 2010

KENINGAU: Penutupan beberapa syarikat perladangan tembakau di daerah ini, tidak menjejaskan pendapatan penjual tembakau potong yang berdagang di kaki-kaki lima di sini.

”Tidak terjejas langsung,” jelas seorang penjual tembakau itu yang hanya mahu dikenali sebagai Inan Masirah, 61.

Inan Masirah berkata, mereka mendapat bekalan bahan itu daripada luar kawalan syarikat, yang tidak memberi sebarang kesan kepada aktiviti harian mereka.

Perdagangan tembakau potong di daerah ini bermula sejak awal Tahun 60-an, bermula secara kecil-kecilan dalam kolompok dua hingga tiga orang.

Hari ini industri itu telah berkembang pesat, menyaksikan sekurang-kurangnya 30 hingga 40 peniaga tembakau potong menikmati menafaatnya.

Secara berpingkat pada awal tahun ini, syarikat-syarikat perladangan tembakau di seluruh kawasan pedalaman nekad untuk menutup operasi, berikutan kemelesetan ekonomi dunia yang turut memberi kesan serius kepada syarikat berkenaan.

Syarikat-syarikat tersebut memilih untuk beroperasi di negara-negara yang mengeluarkan kos buruh dan operasi yang murah, seperti di Thailand, Philifina dan Indonesia.

Seorang bekas penanam tembakau – Hasmah Mairin memberitahu, pada peringkat awal penutupan operasi itu dilihat memberi kesan kepada kuasa beli dikalangan bekas penanam, namun kenaikan harga getah telah mengisi kerisauan itu.

“Kita hanya merasai kesulitan sukar itu dalam tempoh beberapa minggu,” katanya.

Dikalangan penjaja kaki lima, penutupan operasi kilang itu memberi keuntungan besar kepada mereka.

“Hanya kami yang berdagang tembakau di sini, dan pastinya kami menjadi pilihan perokok tradisional,” jelas seorang penjual tembakau yang mahu dikenali sebagai Asma, 57.

Tembakau potong merupakan kompenan penting perokok tradisional, yang digunakan untuk rokok gulung ataupun bersuntil.

Mereka menanam tambakau untuk pasaran domestik, dan selebihnya untuk memenuhi keperluan pengguna di jiran seperti Brunei Darussalam.

Asma memberitahu sejak penutupan syarikat komiditi itu, permintaan terhadap tembakau di daerah ini meningkat tinggi.

“Kami memperolehi RM500 ke atas sehari,” jelasnya, dan tidak menafikan permintaan tembakau potong tidak mencukupi dalam tempoh-tempoh tertentu.

Keningau merupakan satu-satunya daerah di negeri ini yang aktif dalam pengeluaran tembakau potong yang paling berkualiti.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline