Program Kembara Jelajah Ilmiyyah Masjid Negeri Sabah bermula 9 Feb

 

KOTA KINABALU: Program Kembara Jelajah Ilmiyyah Masjid Negeri Sabah bersama penceramah dari Mesir, Sheikh Mohamed Abdel Aziz Mahmoud Ghonim akan diadakan pada 9 hingga 26 Februari ini.

Pengurus Masjid Negeri Sabah merangkap Imam Besar, Ibrahim Kisab berkata program tersebut terbuka kepada umat Islam dan akan menjelajah beberapa masjid di bandar utama serta masjid di pendalaman.

Antara daerah yang terlibat adalah Sandakan, Tawau,Sipitang, Beaufort, Membakut, Kota Belud, Keningau dan Tenom.

Beliau yang ditemui selepas mengadakan kunjungan terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin di Istana Negeri, pagi kelmarin, menjelaskan beberapa program telah berjaya dilaksana pihaknya.

“Alhamdullilah setakat ini kami sudah mengadakan Program Pengurusan Jenazah dan Tahsin Solat di Kampung Palak, Pulau Banggi dan mendapat sambutan yang sangat menggalakan.

“Kami juga turut mengadakan Ceramah Perdana di Masjid Karakit, Pulau Banggi dan juga mendapat sambutan yang baik.

“Diharap program ini akan berterusan serta mendapat sambutan daripada seluruh umat Islam sekaligus dapat menjawab segala persoalan dan kekeliruan mengenai agama Islam,” ujarnya.

 
By :
 
New Sabah Times