Bayi antara mangsa kebakaran

 

KENINGAU: Tiga orang mangsa termasuk seorang bayi cedera melecur dalam satu kebakaran rumah di Jalan Sinua, Kampung Mempisas, di sini pada malam Ahad.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata, rumah yang berukuran 20×25 kaki persegi itu telah hangus terbakar 100 peratus dalam kebakaran tersebut.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan (MERS 999) pada jam 8.27 malam.

“Balai Bomba dan Penyelamat Keningau bergegas respons ke tempat kejadian melalui jarak sejauh 80 kilometer daripada balai dengan menggunakan sebuah jentera yang diketuai oleh PB Leong Hoi Min bersama empat orang anggota,” jelasnya.

Katanya, operasi terkawal dan api padam sepenuhnya pada jam 10.40 malam.

“Pasukan bomba seterusnya membuat pemantauan dan pemeriksaan kawasan kejadian untuk memastikan tiada membahayakan yang lain,” katanya. – OLEH RIZALMI LIMAN

 
By :
 
New Sabah Times