SMK Limbanak adakan Konsert Mini, Malam Amal 2 Mac ini

 

PENAMPANG: SMK Limbanak, Penampang akan mengadakan Konsert Mini dan Malam Amal pada 2 Mac 2018 di dewan KDCA Penampang bermula pada pukul 6.30 petang sehingga pukul 10.30 malam.

Konsert mini ini merupakan anjuran PIBG SMK Limbanak, Penampang yang bertemakan “A Nite to Remember”.

Konsert Mini dan Malam Amal ini bertujuan untuk menambah dana PIBG SMK Limbanak dalam menampung aktiviti yang melibatkan penyertaan pelajar ke peringkat daerah/negeri/kebangsaan dan antarabangsa.

Konsert ini juga untuk membiayai program Model United Nations ke Sweden dan membina Terminal Menunggu Pelajar di Pagar Utama SMK Limbanak.

Pelbagai persembahan nyanyian dan tarian tradisional dan moden yang menarik daripada bekas pelajar dan pelajar-pelajar SMK Limbanak akan dipersembahkan.

Kemunculan khas Ratu Unduk Ngadau Peringkat Negeri 2011 Botiza Desimon Authur dan Naib Johan Unduk Ngadau Peringkat Negeri 2017 Shareena Francis Loudin yang juga merupakan bekas pelajar SMK Limbanak pada mala mini.

PIBG SMK Limbanak sangat mengalu-alukan kehadiran semua alumni SMK Limbanak bagi memeriahkan lagi majlis.

Ibu bapa pelajar SMK Limbanak yang ingin mendapatkan maklumat dan berminat untuk menyumbang bolehlah berhubung dengan Puan Lourdes Mary Batin (Penyelaras Program) di talian 019-589 9898 atau terus berhubung dengan pihak sekolah di talian 088-728264.

 
By :
 
New Sabah Times