Pekerja Sabah Flour dikhuatiri lemas

 

LABUAN: Seorang pekerja Sabah Flour & Feed Mills di sini, dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jeti berhampiran tempat kerjanya dalam kejadian pagi kelmarin.

Ketua Penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, lelaki berusia 37 tahun berkenaan dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke laut dan hilang.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kejadian berlaku kira-kira tiga batu nautika dari jeti Maritim Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Menurut Che Adnan pihaknya menggerakkan operasi mencari dan menyelamat sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian pada 9.45 pagi.

Menurutnya operasi turut melibatkan anggota bomba, polis marin serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. – Bernama

 
By :
 
New Sabah Times