Pesta Kalimaran Peringkat Negeri 6 April

 

TENOM: Pesta Kalimaran Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 6 April depan di padang pekan di sini dijangka akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tenom merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, pesta tersebut dijangka kira-kira 100,000 orang masyarakat pelbagai kaum di kawasan Pedalaman dan daerah-daerah lain di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Ketua Umno Tenom itu berkata, seluruh tenaga jawatankuasa pelaksana perayaan tersebut perlu digerakkan dan mempastikan perayaan tersebut berupaya mencapai sasarannya.

Rubin yang juga Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) bekata demikian kepada media semasa melakukan lawatan ke tapak perasmian pesta tersebut.

Rubin diberikan taklimat berhubung pelan perancangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan.

Menurut Rubin, penganjuran pesta kalimaran pada tahun ini adalah salah satu daripada usaha mempromosikan Daerah Tenom sebagai satu destinasi pelancongan khususnya di kawasan Pedalaman dan Sabah amnya.

Katanya lagi, beberapa program sokongan telah disediakan sebelum Pesta Kalimaran berlangsung seperti pameran produk Pertanian, peragaan pakaian etnik murut lelaki dan wanita, butitin kalimaran dan persembahan kebudayaan.

 
By :
 
New Sabah Times