33 golongan asnaf dapat sumbangan daripada Yayasan Nur Juhar

 

TUARAN: Seramai 33 golongan asnaf menerima sumbangan dari Yayasan Nur Jauhar (YNJ) sempena Program Ziarah Kasih, di sini,petang Isnin.

Sumbangan dalam bentuk wang tunai, kuih raya serta barang keperluan harian itu diberikan kepada 16 orang penduduk di Kampung (Kg.)Gayang dan 17 orang lagi di Kg. Bolong Baru.

Tujuan sumbangan diberikan adalah bagi meringankan beban golongan tersebut sekaligus berkongsi rasa gembira dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Sumbangan disampaikan oleh Penasihat Yayasan Nur Jauhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Mejar Kehormat Al Hambra Tun Juhar.

Program Ziarah Kasih telah dijalankan sejak penubuhan yayasan tersebut pada tahun 2012 dan turut memberikan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik serta badan agama yang berkelayakan.

 
By :
 
New Sabah Times