Mohd Ridzuan Samsuddin sempurnakan dua majlis

 

SANDAKAN: Pegawai Memerintah KD PARI, Lt Kdr Mohd Ridzuan Samsuddin telah menyempurnakan dua majlis iaitu Upacara Pemakaian Pangkat Warga KD PARI dan Pemberian Duit Raya Warga KD PARI baru-baru ini.

Upacara pemakaian pangkat dan pemberian duit raya dilihat sebagai penyunting semangat untuk anak-anak kapal terus berusaha untuk memajukan diri.

LK II TLR Muhammad Faizuddin Rashid telah dinaikkan ke pangkat Laskar Kelas l dengan kekananan bermula 4 Jun 2018. Upacara pemakaian pangkat disempurnakan oleh Pegawai Memerintah dan diiringi Pegawai Peperangan Atas Air, Lt Amir Hamzah bin Mat Sari.

Sejurus selepas upacara tersebut, majlis diteruskan dengan Pemberian Sumbangan Duit Raya KD PARI. Kesemua warga kapal yang mempunyai anak diberikan sampul surat berisi wang sumbangan. Bilangan sampul surat yang diterima adalah bilangan anak yang dimiiki oleh warga kapal.

Adalah menjadi satu kelebihan dan keistimewaan jika warga kapal mempunyai anak yang ramai. Duit raya tersebut juga merupakan pembahagian hasil jualan baju kemeja-T dan kantin KD PARI terutamanya ketika jualan pada Hari Terbuka Armada 2018 yang lalu.

Wajah keceriaan warga kapal terpancar setelah menerima wang sumbangan tersebut lebih-lebih lagi apabila kapal beroperasi di laut ketika umat Islam menyambut 1 Syawal. Tradisi sebegini harus diteruskan kerana ia bukan sahaja meningkatkan moral warga kapal untuk bekerja malah mengeratkan hubungan antara warga kapal.

 
By :
 
New Sabah Times